Sebelum ini saya sudah kongsikan tentang pengalaman saya tinggal di asrama. Sekarang saya nak kongsikan pula apa kelebihan mereka yang tinggal di asrama. Sharing kali ini juga berdasarkan pengalaman saya tinggal di asrama.
Terdapat banyak sebab kenapa pelajar-pelajar yang cemerlang lahir daripada pelajar hostel. Ini antara sebab dan kelebihan di hostel;
1.Masa yang teratur
#Jadual di asrama telah di sediahkan oleh pihak pengurusan asrama. Oleh itu, setiap pelajar dapat menggunakan masa yang ada secukupnya untuk menyeimbang kn masa study dan bersukan serta aktiviti-aktiviti yang lain.
2.Peraturan yang konsisten
#Peraturan di asrama juga akan dapat mengajar setiap pelajar mengenai disiplin diri. Tidak hairan lah kalau ramai pelajar dari asrama yang mendapat keputusan cemerlang di akhir peperiksaan.
3.Belajar berdikari
#Para penghuni asrama juga secara tidak langsung akan dapat belajar berdikari terutamanya dari segi pengurusan diri atau penampilan.
4.Dapat mengikuti aktiviti sekolah dengan muda.
#Jika dilihat dari segi kokurikulum juga, ramai pelajar asrama yang akan mendapat markah kokurikulum yang tinggi. Hal ini kerana para pelajar asrama lebih aktif mengikuti aktiviti kokurikulum yang diadakan disebabkan jarak asrama yang dekat dengan sekolah dan mudah untuk dikunjungi.
5.Masa study yang cukup
#Para pelajar asrama juga akan ada masa yang cukup untuk mereka belajar. Tambahan pula, mereka akan dapat belajar dengan lebih selesa dan tanpa gangguan.
6.study group
#Para penghuni asrama juga mudah untuk membentuk "study group" dikalangan mereka. "Study group" adalah sangat penting untuk memudahkan mereka bertukar-tukar pendapat serta berbagi ilmu.
7.Tuisyen
#Penghuni asrama juga mudah untuk mengikuti sebarang kelas tambahan yang diberikan oleh guru mata pelajaran mereka. Berbanding mereka yang tinggal di luar asrama mungkin akan ada banyak halangan yang menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti tuisyen.
8.Peluang untuk belajar menjadi pemimpin
#Asrama juga merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk menonjolkan bakat serta kelebihan kita terutamanya dari segi kepimpinan. Hal ini kerana tiap-tiap tahun pihak pengurusan asrama akan melantik beberapa orang pelajar untuk menjadi ahli jawatankuasa (AJK) asrama. Peluang ini boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar memimpin sesuatu komuniti. Hal ini juga secara langsung dapat menyumbang kepada markah kokurikulum pelajar.
9.Belajar menghormati
#Di asrama, para penghuninya terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa serta peraturan dan adat yang diwarisi daripada nenek moyang masing-masing. Oleh itu, para pelajarnya berpeluang untuk berkongsi serta menghormati setiap agama dan adat rakan masing-masing.
10.Membuat kerja sekolah dengan mudah
#Disebabkan para pelajar asrama yang ramai, maka setiap kerja sekolah yang diberikan oleh guru menjadi mudah melalui perbincangan. Berbanding mereka yang di rumah, setiap soalan terpaksa di jawap sendiri. Jika ada 10 soalan kerja sekolah, maka 10 soalan itu juga lah yang akan dijawap sendiri. Tetapi, bagi mereka yang di asrama 10 saolan itu akan di jawap oleh ramai otak sehinggakan soalan itu menjadi mudah.
Itu lah antara 10 kelebihan pelajar yang tinggal di asrama berbanding mereka yang tinggal di rumah. Bagi saya, tinggal di asrama adalah lebih enjoy berbading di rumah yang terpaksa mendengar leteran ibu bapa, gangguan adik-adik ketika study dan macam-macam lagi gangguan. So, tinggal di asrama merupakan satu kelebihan bagi pelajar.
Isnin, 15 Ogos 2016
Kelebihan tinggal di asrama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nak kata kelebihan sgt pun mcm x betul jg...rakan sy sklh harian kluster kecermelangan ..upsr kami sama2 dpt 6A...SPM sy dpt 6A...dia dpt 9A..sama2 asasi ...ijazah lain2 tp sama2 grad...sy dpt kerja dulu dia 6 bulan kemudian.
BalasPadam