Sebelum ini saya sudah kongsikan tentang pengalaman saya tinggal di asrama. Sekarang saya nak kongsikan pula apa kelebihan mereka yang tinggal di asrama. Sharing kali ini juga berdasarkan pengalaman saya tinggal di asrama.
Terdapat banyak sebab kenapa pelajar-pelajar yang cemerlang lahir daripada pelajar hostel. Ini antara sebab dan kelebihan di hostel;
1.Masa yang teratur
#Jadual di asrama telah di sediahkan oleh pihak pengurusan asrama. Oleh itu, setiap pelajar dapat menggunakan masa yang ada secukupnya untuk menyeimbang kn masa study dan bersukan serta aktiviti-aktiviti yang lain.
2.Peraturan yang konsisten
#Peraturan di asrama juga akan dapat mengajar setiap pelajar mengenai disiplin diri. Tidak hairan lah kalau ramai pelajar dari asrama yang mendapat keputusan cemerlang di akhir peperiksaan.
3.Belajar berdikari
#Para penghuni asrama juga secara tidak langsung akan dapat belajar berdikari terutamanya dari segi pengurusan diri atau penampilan.
4.Dapat mengikuti aktiviti sekolah dengan muda.
#Jika dilihat dari segi kokurikulum juga, ramai pelajar asrama yang akan mendapat markah kokurikulum yang tinggi. Hal ini kerana para pelajar asrama lebih aktif mengikuti aktiviti kokurikulum yang diadakan disebabkan jarak asrama yang dekat dengan sekolah dan mudah untuk dikunjungi.
5.Masa study yang cukup
#Para pelajar asrama juga akan ada masa yang cukup untuk mereka belajar. Tambahan pula, mereka akan dapat belajar dengan lebih selesa dan tanpa gangguan.
6.study group
#Para penghuni asrama juga mudah untuk membentuk "study group" dikalangan mereka. "Study group" adalah sangat penting untuk memudahkan mereka bertukar-tukar pendapat serta berbagi ilmu.
7.Tuisyen
#Penghuni asrama juga mudah untuk mengikuti sebarang kelas tambahan yang diberikan oleh guru mata pelajaran mereka. Berbanding mereka yang tinggal di luar asrama mungkin akan ada banyak halangan yang menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti tuisyen.
8.Peluang untuk belajar menjadi pemimpin
#Asrama juga merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk menonjolkan bakat serta kelebihan kita terutamanya dari segi kepimpinan. Hal ini kerana tiap-tiap tahun pihak pengurusan asrama akan melantik beberapa orang pelajar untuk menjadi ahli jawatankuasa (AJK) asrama. Peluang ini boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar memimpin sesuatu komuniti. Hal ini juga secara langsung dapat menyumbang kepada markah kokurikulum pelajar.
9.Belajar menghormati
#Di asrama, para penghuninya terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa serta peraturan dan adat yang diwarisi daripada nenek moyang masing-masing. Oleh itu, para pelajarnya berpeluang untuk berkongsi serta menghormati setiap agama dan adat rakan masing-masing.
10.Membuat kerja sekolah dengan mudah
#Disebabkan para pelajar asrama yang ramai, maka setiap kerja sekolah yang diberikan oleh guru menjadi mudah melalui perbincangan. Berbanding mereka yang di rumah, setiap soalan terpaksa di jawap sendiri. Jika ada 10 soalan kerja sekolah, maka 10 soalan itu juga lah yang akan dijawap sendiri. Tetapi, bagi mereka yang di asrama 10 saolan itu akan di jawap oleh ramai otak sehinggakan soalan itu menjadi mudah.
Itu lah antara 10 kelebihan pelajar yang tinggal di asrama berbanding mereka yang tinggal di rumah. Bagi saya, tinggal di asrama adalah lebih enjoy berbading di rumah yang terpaksa mendengar leteran ibu bapa, gangguan adik-adik ketika study dan macam-macam lagi gangguan. So, tinggal di asrama merupakan satu kelebihan bagi pelajar.
Isnin, 15 Ogos 2016
Kelebihan tinggal di asrama
kehidupan di asrama
Ramai pelajar tertanya-tanya bagaimana kehidupan di asrama terutama mereka yang masih baru untuk tinggal di asrama dan belum ada pengalaman untuk tinggal di hostel.
Okey..sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya d asrama.
Pada mula-mula tinggal di hostel nie sangat boring tambah lagi kalau anda anak manja tidak biasa tinggal jauh dari family asyik nak bekepit saja dengan mak bapa, memang lah susa untuk tinggal di hostel. Namun, lama kelamaan anda akan biasa dengan suasana hostel. Sebanarnya tinggal hostel adalah sangat menyeronokan tambah lagi kawan yang ramai dan bebas dari ibu bapa. Namun, ada yang buruknya juga, kadang-kadang di asrama tidak semuanya seronok kerana ada juga segelintir yang kaki buli terutamanya pelajar senior suka membuli pelajar junior. So, jangan hairan kalau anda pelajar junior di asrama tiba-tiba kena suru itu ini lah oleh pelajar junior. Permasalahan yang kedua, asrama nie banyak yang panjang tangan. So, simpanlah barang anda baik-baik kalau tidak mahu hilang bagitu saja tanpa jejak..haha..pendek kata memang susa lah untuk tinggal di asrama. Tapi kalau keadaan sudah memaksa apa buli buat lahkan..terpaksalah..
Tapi, jika anda memang betul2 inginkan kejayaan..asramalah tempat yang paling sesuai untuk anda mencipta kejayaan. Kenapa?? Sebab di asrama anda boleh belajar Berdiri Diatas Kaki Sendiri (BERDIKARI). So, anda akan tahu erti kesusahan sebenar kerana dengan kesusahan lah kita mengerti apa gunanya ilmu. Selain itu, di asrama juga anda boleh belajar menjadi pemimpin. Why not? Sebab anda akan menjadi pemimpin adik-andik anda nanti di asrama. So, di sini lah kita boleh tonjolkan bakat kita itu. Kalau mahu belajar sukan pun di asrama lah tempat nya. Mahu belajar menghormati budaya, agama dan adat orang lain pun di asrama juga tempat nya. Mahu belajar agama pun asrama juga tempat nya. Mahu belajar mengurus masa dan kewangan pun asrama juga tempatnya. Pendek kata asrama adalah tempat untuk menjadi modal insan yang berguna kerana ilmu dan pengalaman yang anda dapat di asrama adalah sangat cukup dari A-Z semua ada.
Jadi, jangan lah ragu-ragu lagi untuk tinggal di asrama. Walaupun jarak anda dengan sekolah dekat, tapi cubah lah ambil peluang untuk tinggal di asrama. Memang tidak rugiii..malah menyeronokan..hehe
Langgan:
Catatan (Atom)